Isu Keluarga

Kisahnya setelah setahun berlalu aku berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin menjadikan aku seorang yang halal buatnya..

Assalamualaikum.. tolong hide profile aku.. Dulu aku pernah ada anak tak sah taraf, lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab tentang kandungan ini menghilangkan diri..

Aku buntu dan malu, nak dibu4ng aku sayang dan takut ingin membuat dosa lain, sahabat aku memberi cadangan agar mencari ibu bapa angkat untuk anak dalam kandungan ini kerana kedua ibu bapa aku tidak mengetahui tentang kandungan aku.

Kemudian aku amanahkan anak aku kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak..
Selepas itu aku memulakan hidup baru, aku bertaubat tidak akan mengulang kembali dosa yang lalu.

Kisahnya setelah setahun berlalu aku berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin menjadikan aku seorang yang halal buatnya..

Pada mulanya aku tidak melayan, kerana aku serik, kerana aku takut perkara lama berulang kembali.. Tapi si dia menunjukkan effort yang mahu menjadikan aku isterinya..

Syarat aku mudah, jika betul ikhlas dan mahukan aku, jumpa saja kedua orang tuaku. Dan alhamdulillah, pada bulan June 2018 kami bernikah.. Lelaki yang kini telah menjadi suami aku tahu bahawa aku tidak mempunyai dar4 tapi dia tidak tahu tentang anak luar nik4hku.

Dia juga tidak pernah bertanya dengan siapa aku pernah terlanjur dahulu, aku bersyukur.. Tetapi aku takut ingin berterus terang tentang anak tidak sah tarafku kerana aku sangat mencintai dirinya kerana dia seorang suami y baik. Sering mengajak aku solat bersama² , tidak culas tentang nafkah dan segala keperluan aku..

Sekarang, aku sering mual² dan pening kepala, aku membeli pregnancy test dan alhamdulillah keputusannya positif.. Aku gembira dan tidak sabar ingin memberitahu suamiku tetapi aku tiba takut apabila memikirkan saat ingin membuat buku pink untuk monthly checkup kerana jika tidak salah, di buku itu ada ruangan yang memerlukan kita menulis nama anak yang terdahulu.

Aku takut suamiku akan tahu tentang anak tidak sah tarafku lalu meningg4lkan aku.. Aku ingin memohon pendapat, jika aku tidak menulis nama dan perihal kandunganku y terdahulu di buku pink adakah menjadi kesalahan jika pihak hospital mengetahui ?

Adakah di JPN kelak meraka dapat mengesan tentang anak ku y dahulu ? Sekarang, suami masih tidak mengetahui y aku sedang mengandungkan anak hasil dari benih cinta kami kerana aku takutkan masalah y akan timbul kelak. Terima kasih sahabat atas segala pendapat, terima kasih admin kerana menyiarkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *