hai admin.. tak kisahlaa nak siarkan atau tidak kisah saya nie… klu nak siarkn mohon hide fb ye… saya dah berkhawin dan ada anak 1.. sebrlum khawin saya pernah bcinta 7 tahun tapi ikatan tu putus sebab orang ketiga.
Dan dia mengaku yang mereka dah tidur bersama. Kebetulan masa tu saya hamil anak dia, tapi dia cakap kalau kandungan tu bukan anak dia sedangkan hanya dia yang sentuh saya.
sebab tlalu frust saya hampir bnh diri tapi fikiran pun masih ada kewarasan sikit. tak kan aku nak malukn orang tua aku dengan buat benda macam ni. kena hadap jgk laa perasaan tu.
Masa tu aku mula bangkit, mula2 aku bu4ng kandungan aku lepas tu aku nak move on.
Lepas hati dah tertutup 3 tahun. saya cuba bercinta balik.. tapi hati saya tawar sebab saya tetap teringtkn dia. dah cuba terima bebrapa lelaki dalam hidup tapi masih tak bole timbul perasaan tu.
sebab bila dah mula rasa nak betul2 dorang pla buat hal.. curang.. saya buat keputusan lepas nie sapa2 pun nak trus lamar je.. tak payah nak bcinta dah.. umur pun bukan masa untuk bemain cinta dah.. pastu kenal suami gitu je.. tak smpai 4 bulan terus khawin… alhmdulillah… suami baik.. di hadirkn lagi zuriat selepas 6 bulan kawin…
Rumah tangga tak ada masalah tapi hati saya yang bermasalah saya masih tak bole lupakan ex saya. Bila saya sndiri saya teringatkan dia saya rasa bersalah dengan suami.. rasa berdosa.. saya nak buang dia tapi saya tak bole…
pernah 3kali saya mimpikan dia.. dia tengah nangis kerana rasa bersalah dengan saya.. siap bini dia pujuk untuk saya terima dia supaya dia dah tak sakit… 3 kali min saya mimpi benda yang sama… hati saya btmbah2 tringtkn dia.
Paling menyedihkan saya minta pada tuhan kalau bole saya dapat jumpa dia walaupun sekadara dari jau jdila.. saya nak sangat tau kehidupan dia macam mana tempat saya
tapi sampai sekarang tuhan tak pernah pertemukan kami padahal kami tak jau mana pun tinggl.. bukan sekmpung tapi 1 pekan… takkn sesat punya kalau orang baru msuk pekan kami
tapi kenapa kami susah nak di pertemukan.. atau ini mainaan sy4itan.. saya tak tau lgi macam mana lupakan dia.. kalau laa admin bole bgi saya sedikit nasihat ke.