Isu Keluarga

Ceritanya bermula 2 tahun lalu isteri saya meminta kebenaran kepada saya untuk keluar bersama mak ngah dia sebab dah lama tidak keluar.

Assalamualaikummm..terima kasih sebab publish kan cerita saya tentang kecurangan isteri saya. Saya dah berkahwin lebih dri 5tahun sikit. selama saya hidup dgn isteri saya, saya melakukan tanggungjawab saya sebgai suami sehabis baik terhadap anak dan bini saya.

dari ank pertama saya keluar dan saya melihat sendiri didepan mata saya keluar dri perut bekas isteri saya hinggalah anak kedua saya. saya jaga bini saya ketika berpantang. saya syangkan isteri saya. saya taknafi kan saya ada masalah dengan mak mertua saya dan sejak dri itu saya sudah tidak sehaluan dgn mak mertua saya kerana memakan diri saya sendiri berkaitan rumah sewa..(ceritanya panjang jika saya ingin share disini)

Selepas masalah itu, saya dan isteri tidak lgi berhubung dengan mak mertua selama 1tahun lebih. Dlm tempoh 1 tahun itu, saya dan isteri tidak pernah bergadoh dan kami hidup bahagia. Rezeki ank pertama, akhirnya saya mempunyai rumah sendiri untuk ank bini saya, saya deko n renovation untuk keselesaan ank bini saya.

Selama tempoh 5 tahun keatas bersama itu,saya tidak pernah menyuruh isteri saya nie berkerja kerana tidak mempunyai masalah kewangan..saya cuma nk bini saya jaga anak dan rumah tangga. Keselesaan anak dan bini saya, saya utamakan.

Ceritanya bermula 2 tahun lalu isteri saya meminta kebenaran kepada saya untuk keluar bersama mak ngah dia sebab dah lama tidak keluar. Saya benar kan beliau keluar. ketika bini saya keluar, saya melihat makngah dia, boyfriend dia dan sorang lelaki. takpa lah saya takpikir lain. bila balik rumah, saya melihat gambar dorang ketika keluar itu.

dan saya bgi tahu isteri saya, tak perlu kot nk ambik gambar macam ni sebab awak tahu isteri org. dan saya menasihati beliau supaya jgn rapat nanti kalau timbul rasa sayang, habis rumah tangga nnti..dan bini saya menyatakan hanya kawan kawan shaja. Okey saya diam shja..

Pada 2018, nak dekat hujung tahun, saya telah mendapat kerja di p. penang. Untuk anak bini saya, saya berkorban untuk kerja di sana dan tempat tinggal disediakan oleh majikan. Dan saya menyatakan dkt bini saya, rumah sendiri di utara nie lgi selesa berbanding duduk di rumah sewa penang..

saya memang bercadang ingin bawa ank bini saya ke p.pinang cuma kerana terlalu awal untuk berpindah. Selama tempoh saya berkerja itu, saya akan balik sekurang2nya seminggu sekli. 2,bulan saya berkerja, semua nye okey. Bermula awal tahun 2019,bini saya ada beritahu saya kerana bosan di rumah, dia meminta ingin duduk di rumah mak dia. dan saya memahami beliau, saya benarkan…

Bini saya mula berubah, semenjak duduk di rumah mak dia. Sebelum ini, setiap hari saya mintak gambar anak dan bini saya, n terus hantar. tapi pda 1 hari, bila saya mintak gambar dan text beliau, cuma bluetick jer. kadang2 pagi mcg, malam baru reply. kadang kadang keesokkan baru reply.

saya tahan lagi sebab saya percayakan bini saya. Pada 1tahap tu,bila saya balik ke utara, nak ambik anak bini saya, bini saya taknk balik. ada jer alasan, salah 1 alasannya bukan dah tak jumpa dah dorang. dan ada lagi alasan lain. saya balik hanya seminggu sekli nak jumpa ank dan bini saya, 5 hari biasa di rumah mak dia.

saya suruh dia balik rumah kami, dia tak nak balik sampai la bergadoh.Bila bergadoh tu,semua benda la diungkitkan biasa la bergadoh. then dia dh taknk balik.. dalam 2bulan takbalik tu,dia mintak lepaskan dia,taksehaluan la..saya pun jdi pelik ,kenapa saya perlu bercerai dgn dia tanpa sebab yang betul2 besar.

Hanya sebab saya suh dia balik, dan dia taknk balik sampai dia mintak cerai an saya.. sampai kesudah saya takcerai. saya mengalami masalah emosi, nak pergi kerja pun takboleh sebab saya teringat ank2 saya. 1 tahap tu, saya bgitahu bini saya nk jumpa anak, bini saya bgi.

Saya ambik anak sulung saya perempuan, dan tak hantar dah umh mak mertua saya (bini saya di rumah mak mertua saya). dalam tempoh itu, bini saya mcg rindu an anak. dan saya byk kali pujuk bini saya untuk balik umh kami.

Akhirnya dia balik juga rumah kami.Dalam keadaan dia balik tu, saya nampak dia lain, tidak seperti dulu. Tapi saya pikir dia sudah berubah dan saya tak nak pikir lain sebab saya telah hidup bersama dgn dia 6tahun. 2 hari selepas itu, saya kembali berkerja di penang.. dalam tempoh itu, saya kerja seperti biasa dan happy…

2minggu selepas itu,saya ada bgitahu nk balik dan bini saya ingatkan saya akan balik hari sabtu. tapi saya nak suprise kan bini dan anak saya, saya sudah mintak awal cuti pada hari khamis dan jumaat. Sampai la hari khamis itu, selepas solat subuh, hati saya tak sedap, rasa lain mcm. Takpa la, saya pun bergerak balik ke utara pada pagi itu.

Bila sampai jer rumah mak mertua saya itu, saya nampak sorang lelaki di garaj kereta sedang duduk dan tgh bermain dgn anak saya. Dan lelaki itu adalah orang yang sama keluar an mak ngah dan boyfriend mak ngah bini saya 2 tahun lepas.

Bila anak saya 2 orang tengok saya, dorang pelok saya sekuat2nya..saya pun nak ambik beg anak bini saya, lelaki tu hilang dari kerusi dia duduk tadi mungkin masuk umh mak mertua saya. Lepas itu, bila masok jer kereta, saya tanya bini saya siapa lelaki itu. dia ckp kawan adk saya, saya ckp an dia jgn tipu saya, budak tu kan yang keluar an mak ngah 2 tahun lalu. bini saya senyap.

Sampai jer rumah kami,saya mintak handset bini saya, dan bini saya taknk bgi. Bergelut jugak la. Akhirnya dapat juga ndset tu, bila saya check ndset dia,ada call history laki tu. Kemungkinan dia lupa nak delete sebab saya dtg jemput dia secara mengejut.

saya tengok gambar bini saya dan anak saya dalam sebuah kereta dan kereta itu bukan nya kereta mak dia. saya baca mcg mak ngah dia, situasinya macam bini saya nie tengah keluar an lelaki itu.dan saya kesal ,family mak dia nie ajar anak saya panggil panggilan sama seperti anak saya panggil saya dan tidak menghalang. hancur hati saya sedangkan saya belum lgi m4ti.

Pada petang Sabtu, saya ajak bini saya keluar untuk print penyata bill telefon rumah. bila saya check penyata itu,saya tgk no. telefon laki tu ada dlm penyata kol. saya masok kereta, saya menangis, saya bgitahu bini saya kenapa tipu saya selama inie sedangkan saya cari rezeki kt anak bini saya.

dia tak mengaku, dia ckp dia ckp mcm kawan2 jer. saya ugut dia, saya nk kol telekom center nk mintak voice percakapan dia n laki tu, dia takot,dia kata takpayah. dri situ saya tahu dia dh curang terok an saya. saya mcg laki tu,

panjang mcg nya. saya tanya laki tu, syangkan bini saya? Laki tu ckp dia syangkan bini saya demi Allah. luruh hati saya melihat laki tu ckp begitu an bini saya yang saya jaga 6tahun. last2 laki tu blok saya…

Balik rumah, saya cakap kenapa buat saya macam nie, sedangkan apa yang dia mintak saya bagi. nafkah dia, nafkah anak, tanggungjawab saya terhadap keluarga saya tak pernah saya lupa. dia senyap, saya tanya dia, jujur, sayang tak an laki tu? dia cakap dia cuba lupa kan laki tu tapi tak boleh.

bila saya dengar jer macam tu, saya nak ambik anak saya yang sulung. tapi bini saya tak nak bagi. Saya bagitahu jangan siksa saya macam nie, saya tak nak sentuh dia, cukup la siksa saya. dia cakap dia buat? saya cakap awak boleh tanya awak buat apa, saya nak ambik anak saya dia tak nak bgi.

Saya sayangkn bini saya bagaikan minyak yang penuh, tetapi sanggup dia buat saya macam nie. Anak saya melihat saya buat kat mak dia saya bagitahu dengan bini saya kalau anak nampak saya pukul bini saya sebab kecurangan bini saya anak saya takot dengan saya. saya tanya bini saya, berbaloi ke saya pergi kerja untuk anak bini tapi bini saya tipu saya selama nie. saya kunci pagar n grill rumah takbgi dia keluar.

Sampai la hari Ahad, saya tertido kat sofa. saya sedar2 dia ambik kunci rumah bukak grill rumah semua nak keluar rumah kami. saya bgitahu sampai hati nak tinggalkan saya. dia keluar bawa anak saya pergi rumah mak dia. Setengah jam selepas itu, saya mcg dia kenapa tinggalkan saya. dia cakap dia dah tak ada hati dah pada saya.  Allah hati saya  tak kuat untuk melepaskan dia.

Saya bagi duit untuk beli brg2 dia, tak sangka kecantikan dia tu untuk lelaki tu melihat bukannya untuk suami dia. Hancur hati saya, melihat anak perempuan saya 2org yang bawah 3tahun tu jadi seperti ini sedangkan saya jaga keluarga saya dgn elok dan bgi keselesaan kt keluarga saya.. terg4mak mak mertua saya membenarkan bini saya cur4ng dan lelaki itu dtg relax rumah mak mertua saya nk jumpa bini saya.

keluar bawa bini dan anak saya bila takda. anak saya melihat dosa2 bila berada di rumah mertua saya.mak mertua saya n suami dia tidak duduk sekali. Allah.

Keluarga saya sudah hancur sebab org ketiga. kesannya ank saya. Walaupun bini saya buat mcm tu,saya masih syangkan bini saya. Tak tau la kenapa Allah masih bgi perasaaan syang walaupun bini saya curang sebegini rupa.Perit nya teramat sakit. Apa yang perlu saya buat ? Semoga Allah kuatkan hati saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *