Nama saya L bukan nama sebenar, saya dan suami merupakan pegawai kerajaan. Kami telah berkahwin selama lebih 8 tahun, belum dikurniakan anak. Suami tua dari saya kira-kira 10 tahun dan ketika berkahwin, saya masih sangat muda iaitu 22 tahun.
Perkahwinan kami ok, tiada masalah kewangan dan sebagainya. Suami sangat-sangat sayang kepada saya dan sentiasa cuba memenuhi segala keperluan dan kehendak saya tanpa sedikit pun sifat berkira. Seperti kebiasaannya dalam perkahwinan dengan lelaki yang jauh lebih berumur dan matang.
Suami juga memberi kebebasan kepada saya selalu keluar dengan rakan-rakan perempuan apabila tamat waktu bekerja supaya saya tidak sunyi memandangkan kami tidak mempunyai anak dan suami pula selalu perlu kerja hingga lewat malam.
Suami saya sangat sibuk dan akan bekerja hingga lewat malam, kadangkala mencecah subuh hari apabila berlaku kes-kes yang berat. Jika suami pulang lewat, saya sudah tidur, saya akan bersalaman dengannya disubuh hari sebelum saya pergi bertugas dan apabila saya pulang suami telah pun pergi bertugas.
Begitulah rutin kami hampir saban hari. Tidak saya nafikan, saya terlalu sunyi, hanya rakan-rakan dan drama di tv sebagai penghibur saya.
Masalah utama dalam perkahwinan kami adalah dari segi nafkah b4tin. Suami saya seorang yang tidak kuat hubungan kel4min dan hanya akan buang sekali sahaja setiap kali bersama dan ianya berlaku dalam tempoh yang teramat singkat. Dalam usia perkahwinan lebih 8 tahun ini, saya perlu dipu4skan menggunakan j4ri sahaja setiap kali.
Saya sendiri akan capai kemuncak sekali sahaja. Saya hampir tidak pernah merasakan nikmat kemuncak ketika alat suami berada dalam tubuh saya kerana suami selalu sahaja ejakulasi pra matang. Berbeza dengan saya, saya terlalu kuat n4fsu sehingga saya sering kesedihan akibat tidak pu4s.
Sejak awal perkahwinan hingga sekarang, hubungan kami hanyalah kira-kira dua minggu atau 3 minggu sekali. Sedangkan saya terkapai-kapai kerana ingin mencapai kepuasan s€ks.
Akhirnya saya telah berkenalan dengan seorang lelaki dan perkenalan kami membibitkan rasa sayang kerana dia selalu sahaja ada untuk saya dan menyebabkan saya tidak sunyi lagi. Dia juga merupakan suami orang. Akhirnya, hubungan kami sampai ke tahap yang tidak patut kami lakukan.
Pertama kali bersama, saya merasai kepu4san yang tidak pernah saya rasakan. Saya tidak tahu seorang lelaki mampu memu4skan wanita begitu. Saya umpama baru kenal apa itu hubungan kel4min yang sebenar. Naifnya saya kerana tidak tahu lelaki boleh memu4skan wanita seperti ini.
Saya rasa sedih kerana tidak dapat merasai nikmat dalam perkahwinan saya. Saya jadi ketagih kepada Z, seperti orang yang baru berkahwin lagaknya kerana saya tidak pernah rasa semua itu sebelum ini. Saya juga rasa bersalah, kecewa dengan kegagalan saya mengawal n4fsu, tetapi pada masa yang sama saya tidak dapat melepaskan Z.
Saya tidak mahu berdosa kepada suami saya tetapi saya tiada alasan untuk berpisah. Suami saya lelaki yang sangat baik, tidak pernah tinggal solat. Kekurangan b4tinnya bukan salah dirinya, bukan pilihan dirinya. Saya yang jahat dan tidak guna kerana menjadi isteri penzin4.
Saya tidak mahu memberitahu hal yang sebenar kepadanya kerana saya tidak sanggup melukakan hati lelaki yang baik sepertinya. Saya cuma mampu berdoa diakhir solat supaya suami saya bertemu wanita baik dan mulia untuk menjadi teman hidupnya dan dapat memberikannya zuriat seperti yang dia idamkan.
Saya tahu Z tidak mungkin berkahwin dengan saya dan saya juga tidak mahu bersuamikan dia kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga Z. Saya cuma ingin keluar dari semua ini. Saya ingin jauh dari semua orang. Tetapi saya tak tahu apa yang terbaik yang saya perlu lakukan.
Saya cuma mohon doa dari pembaca semoga saya bertemu jalan keluar dan menjadi seorang wanita islam yang sebenarnya. Saya perlu undur diri dari perkahwinan ini kerana tidak mahu suami berterusan tertipu dengan isterinya yang jijk ini namun saya tahu dia akan sangat terluka jika saya tiada dan saya tiada langsung alasan untuk berpisah kerana dia suami yang sangat baik dan mulia.
Saya juga sedar saya tidak akan dapat lagi suami yang baik seperti dia kerana saya telah mensia-siakan dia. Terima kasih meluangkan masa untuk membaca luahan dari saya. Doakan saya.