Isu Keluarga

Sampailah satu hari isteri aku pergi dengan teman lelakinya entah kemana sampai sanggup tinggal aku dan anak anak

tolong hide profil saya.. warga krt tolong share pendapat korang.. kisahnya macam ni.. selama 13 tahun dialam perkahwinan kami tiada masalah.. aku sayang isteri aku dan isteri aku pun sama.. biasalah alam rumah tangga mana yang tak pernah bergolak..

isteri aku orangnya cantik baik hati dan bagi aku dia terlalu sepurna segenap segi tapi aku ada perangai yang susah aku nk buang.. aku mengambil barang terlarang.. memang isteri aku tahu semua yang aku buat..

puas dia menasihati aku supaya berhenti.. namun aku tak hiraukanya

Sampailah satu hari isteri aku pergi dengan teman lelakinya entah kemana sampai sanggup tinggal aku dan anak anak.. puas aku mencari kehulu kehilir namun aku gagal.. setiap malam aku mintak doa dengan allah supaya bagi pertunjuk untuk aku tahu kemana isteri aku pergi..

aku menyesal sangat tak menghargainya.. ketika bersama dengan aku..dipendekan cerita.. aku dipertemukan dimana isteri aku berada.. namun aku tak menyangka yang dia duduk serumah dengan exnya… itu pun setelah dia balik kerana dipujuk oleh anak anak aku.. handfhone pnuh dengan gambar bersama exnya.

Hati suami mana yang tak h4ncur.. tapi aku tak salahkan isteri aku..memang salah aku.. kalau aku layan dia baik semua ni tak akan jadi. tentu dia tak lari.. masalahnya sekarang aku cuma nak tahu ketika dia bersama dengan kekasih lamanya apa yang diorang buat.. sebab sehingga sekarang isteri aku terlalu sayangnya..

kami sebumbung pun sebab anak anak.. dah tak semesra dulu lagi.. diranjang aku cuma dilayan sebab tanggungjawap katanya dan tak macam dulu lagi.. aku sedih dan buntu apa yang harus aku lakukan?

sebab hatinya sekarang betul betul sayangkan kekasih gelapnya dan bukan aku yang disayangi.. aku suaminya dan hanya aku berhak menyentuhnya.. tolong aku warga krt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *