Salam admin dan warga KRT sekalian
Saya berumur awal 40an. telah berkahwin dan mempunyai 5 org anak. Diawal perkahwinan, hubungan saya dan suami. ok. tapi lama kelamaan saya banyak terasa hati dengan suami sebab suami selalu lebihkan adik beradiknya berbanding saya.
Apa yang adik beradiknya buat. semua diterima sahaja. jika saya mengadu pasal adik beradiknya. saya yang akan dimarahinya. walaupun kesalahan dibuat oleh adik beradiknya. dan disebabkan hal keluarganya. saya makin banyak terasa hati dan menjauh hati..
Makin lama. hubungan saya dan suami semakin dingin. jika timbul isu keluarga dia. mesti akan bergaduh. Sampai tahap saya dah tak peduli hal keluarga dia dan saya semakin jauh hati dengan suami. suami perasan. Tapi dia pun macam tak heran..
Sehingga lah saya mula menerima tugasan perlu laksanakan audit di utara selama beberapa minggu. bila berjauhan. baru suami mula bertanya kenapa saya dah berubah..dan saya bgtahu dia. bukan kita dah memang lama begini. dan dia akui. dah berjauhan baru nak baiki hubungan. Tapi hati ni dah tawar.
Kisahnya bermula semasa melaksanakan tugasan diberi saya telah berjumpa dengan seorang lelaki sudah berkahwin mempunyai 2 org anak. Pada mulanya kami hanya berkawan biasa, namun lama kelamaan perasaan mula berputik antara kami.
Hubungan kami berlanjutan di bilik hotel dan hubungan ini berlarutan selama beberapa bulan. Masing2 sedar yang hubungan ini tak akan berpenghujung sbb masing2 telah berkeluarga. Jadi pada permulaan bulan yang lalu, kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.
Saya sedar saya dah buat kesalahan dan dosa yang besar pada suami. Saya tak sangka akan diuji begini, ya Allah ampuni lah dosa2 saya. dulu saya pun macam netizen2 yang lain. bila terbaca kes begini. Asyik mengata.
menghin4 orang tak sangka saya pula diduga begini. ujian tu Allah blh bg kpd sesiapa. tak kira ustazah mahupun pel4cu. jadi jaga lah kata2 kita jagan sampai kata2 itu menjadi ujian kpd kita..
Saya rasa lega apabila telah memutuskan hubungan ini. saya rasa amat bersalah sekali terhadap suami dan anak2 tapi sesekali perasaan rindu itu dtg. rasa nak nangis kerana rindukan dia. saya cuba pujuk hati. bnykkan ibadah dibulan mulia ini. doakan saya agar saya dapat lupakan dia dan kembali kpd keluarga.
Suami saya pun skrg dah cuba nak baiki hubungan. saya harap hati saya dibukakan kembali untuk suami. Sekarang pun saya tegah hamil dan semoga anak dalam kandungan ini menjadi pengikat kasih antara saya dengan suami.