Isu Keluarga

Semuanya bermula 8 tahun yang lalu saya berkenalan dengan seorang wanita yang terani4ya tengah sarat hamil anak luar nik4h

Salam min… Tolong hide profile saya… Saya nak bkongsi kisah hidup saya sikit… Semuanya bermula 8 tahun yang lalu saya berkenalan dengan seorang wanita yang terani4ya tengah sarat hamil anak luar nik4h yang boyfrennya telah pun menghilangkan diri, terlalu simpati dan ingin mengalami sendiri apa itu nikmatnya cinta selepas perkahwinan, saya nekad mperisterikan dia,

wlaupun tahu akan berdepan bermacam tohmahan dari famili sendiri. Di depan famili sendiri saya mengaku anak yg didalam kandungan tu anak saya walhal bukan anak saya. Saya angap ank perempuan itu seperti anak sendri hingga saya bin kan nama saya.

Sya sanggup bkorb4n sgalanya demi dia, alhamdulilah selepas 4 tahun baru famili saya menerima dia dan semuanya… Tapi yg jadi masalah sekarang ni, semuanya serba tak kena di mata dia, ada saja yang tak puas ati, semua kerja rumah dari basuh pinggan sampai ke basuh seluar dalam semuanya saya yang buat.. Untuk pengetahuan saya berniaga sendiri kecil kecilan,

Yang buat saya terkilan sangat sangat, semuanya akan diungkit bila bercakap, saya masak tak disentuh, hati mana tak sakit, nafkah zahir semua cukup saya bgi, bab duit ringgit ni bukan masalah, tapi hati siapa yang boleh tahan kalau 1 tahun lebih dah tak dilayan…

Saya dalam dilema sekarang ni sama ada nak teruskan atau berpisah demi tuhan hanya dia di hati tp semakin hari semakin parah kesakitan dalam hatini… Tolong doakan saya tabah dalam menghadapi semua ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *