Isu Keluarga

Kisahnya 2 minggu lepas aku nyatakan pada isteri aku yang aku nak berkhawin lagi kerana aku tak nak tipu dia

Assalamualaikum admin dan semua..
Aku buntu sekarang ni. Kisahnya 2 minggu lepas aku nyatakan pada isteri aku yang aku nak berkhawin lagi kerana aku tak nak tipu dia aku berterus terang aku tak nak dia tahu dari mana2 orang lain dulu, biar dia tahu dari aku sendiri.

Lepas aku bagi tahu hasrat aku tu dia hanya diam. Aku tanya boleh. Dia cuma diam. Lepas dari itu esok nya dia keluar pergi kerja siapkan sarapan seperti biasa cuma dia tak nak sarapan dengan aku dia terus pergi kerja dan hantar anak2 dia tak salam pun dengan aku.

Aku tahu dia sedih. Tengah hari aku call tapi tak jawab.. Aku call opis.. Opis cakap wife aku tak kerja cuti. Aku balik rumah wife dengan anak2 aku tak ada.. Hari demi hari mereka tak balik2 aku ada call tanya kabar mertua dia kampung.. Tapi seperti mereka tidak ada disna.. Aku buntu tak nak kehilagan wife aku. Balik rumah. Rumah sunyi aku menyesal sangat… Betul aku menyesal. Aku tak fikir hati dia.

Sekarang dah 2 minggu dia tak balik2. Macam mana aku nak buat. Mana aku nak cari. Aku nak pujuk. Perempuan yang aku nak jadikan no2 tu satu opis dengan aku entah la macam mana boleh aku tersuka dengan dia sedangkan dia janda anak 3. Hari2 dia cakap, dia nak tumpang kasih aku dan akan terima anak2 dan wife aku..

Aku termakan dengan kata dan pujukan dia.. Sebelum dia tak pergi suka pun bila dia dah 3 tahun kerja entah macam mana hati aku ni boleh suka dengan dia.

Allah aku betul menyesal. Aku tak dapat nak call, tak tau mana dia pergi.. Mmber2 kawan2 dia pun tak tahu mana dia pergi.. Rindu anak2 aku. Kalau lah awak baca ni. Mohon blk la.

Abang mintak maaf abang dah buntu tak tahu mana abang nak cari awak. Bagi la abang peluang betulkan keadaan. Balikk la abang rindu anak2 abang rindu awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *