Pertama sekali aku nak bagi tahu yang post ni sangat panjang. Kalau kalian tak nak baca, cepat-cepat scroll. Jangan suruh aku lukis sebab seni aku fail..
Masih terbayang-bayang lagi kejadian di malam itu. Malam terbongkarnya segala rahsia. Malam yang membuatkan hati aku h4ncur berkecai.
Masih aku terngiang-ngiang lagi apa yang dia ucapkan. Satu persatu perkataan masih ku ingat. Malam itu terasa berbeza, hati rasa berdebar, tak sedap hati. Jam 4 pagi aku terima panggilan telifon dari dia. Sambil menangis dia mengatakan yang dia ada perempuan lain dan dah banyak kali terl4njur.
Dia tanya aku, kalau jodoh kita tak panjang, macam mana dengan anak-anak ye. jawapan aku, anak-anak biar aku yang jaga, walau macam mana pon, anak-anak tetap dar4h daging, saya tak halang awak berjumpa anak-anak. Entah kenapa, hati aku berombak, tapi aku aku jawab dengan tenang..
tak ada air mata, tak meng4muk, tak marah. cuma Aku tergamam, hati aku hancur-sehancurnya. Dia memberitahu, dia bersama mertua akan datang ke rumah mak abah untuk berbincang.
Untuk pengetahuan, pada malam yang sama, polis ada call aku beberapa kali, tapi aku tak jawab sebab dah tertidur. Tapi polis ada call keluarga aku mengatakan dia kena tangkap dan polis buat urine test sahaja. Dan untuk pengetahuan, aku selama ini duduk dengan mertua.
Dan baru dua minggu aku pindah duduk bersama keluarga aku sebab aku baru nak mula kerja. Sepanjang 3tahun aku duduk dengan mertua, aku banyak makan hati, lagi-lagi aku hanyalah suri rumah. Pagi tu dia datang bersama mertua. Awal perbincangan, yang keluar dari mulut dia ‘saya dah tawar hati dengan isteri’.. Allah, bagai nak gugur waktu tu..
Yang mertua pulak tak habis-habis cari salah aku. Mereka-reka cerita yang tidak benar. Cakap aku tak pandai jaga suami. Tak jaga makan pakai suami. Tak ikhlas jaga mertua waktu mertua sakit. Ya Allah, apakah ini..
sungguh mereka tak kenang budi. Keadaan waktu tu sangat tegang, sebab aku pertahankan diri aku. Aku cakap pasal dia terlanjur.. aku cakap pasal dia abaikan aku, tak layan aku macam isteri.
Malam tu, aku masih tak puas hati, aku tak tahu hal yang sebenar, aku tak pasti kenapa polis call aku banyak kali tengah-tengah malam. Aku pergi balai polis, aku cari polis yang call aku.
Akhirnya terongk4r Suami aku telah ditangkap berkhalw4t bersama perempuan yang sedang hamil 7 bulan dan selepas itu aku pergi hotel tempat mereka di tangkap, rupanya diorang sewa hotel tu bulanan. Mereka berskududukan. Patut lah dia jarang balik rumah, kalau balik pon macam lalat, hingap kejap-kejap lepas tu hilang. Aku hanya kenal perempuan tu di facebook pasangan, mereka friend sejak 8tahun yang lalu. 2tahun lepas aku pernah sound perempuan tu suruh dia jauhkan diri dari suami aku.
2tahun lepas pernah dia call suami aku malam-malam. Aku ingat hanya setakat itu.. tak sangka hubungan meraka hingga ke katil. Perempuan tu tunang orang, macam mana seorang tunang, yang dah tahu lelaki ada dua anak, tapi masih lagi nak meny0ndol bapa orang. Dia tak punya perasaan kah? Masih aku tak boleh nak hadam.Tahun pertama perkahwinan sangat manis aku hamil awal 2 bulan setelah menikah aku di sahkan hamil dengan sarat-sarat mengandung, aku gigih menolong suami berniaga.
Selepas anak lahir, suami berubah sikit demi sikit. Setelah dia dapat kerja yang selesa, perubahan dia makin ketara. Aku bagai pengemis. Mengemis kasih suami sendiri. Sejak 2 tahun lepas, nafkah zahir batin tak pernah mencukupi. Dia ada sediakan barang keperluan yang asas. Tapi dia tak ada bagi nafkah duit, untuk aku beli barang peribadi.
Kalau ada pon stakat beberapa puluh sahaja. Kadang kalau barang baby tak cukup, dengan duit tu jugak aku guna untuk baby. Sepanjang 2tahun, kurang dari 10 kali ‘bersama’..Bukan aku yang tak mahu melayan dia, tapi ada saja alasan dia, penat kerja, mengantuk dan macam-macam lagi.
Bila aku dekat dengan dia, dia menjauh, bila aku peluk dia, dia tolak, bila aku nak cium dia, dia mengelak, bila aku nak pegang tangan dia, dia elak. Bila aku meluah perasaan kat dia, dia tak layan. Dia tenung hp, dia tengok tv. Apa yang aku cakap dia buat tak endah. Sakitnya diabaikan.
Aku dah cuba buat yang terbaik untuk keluarga ni. Aku korbankan segala-galanya. Aku korbankan hidup aku, aku korbankan masa aku, aku korbankan minat aku, aku korbankan kehendak aku. Aku ingatkan orang akan hargai aku, hargai pengobanan aku, rupanya hanyalah sia-sia. Mungkin aku terlalu lurus, sebab tu aku kene tipu berkali-kali.
Aku sunyi, aku tak ada kawan, hari-hari aku hanya bercakap dengan anak-anak. Aku hilang diri aku yang aku rindu. Selama ni aku jadi isteri yang setia tak pernah sekali pon aku chat dengan lelaki. Kalau ada lelaki nak bersalam dengan aku seboleh-bolehnya aku elak tak kira lah saudara ke, tua ke muda ke atau budak. Kerana sunyi, aku ambil keputusann ntuk bekerja
Akhirnya ditempat kerja aku berkenalan dengan seorang lelaki juga suami orang yang tidak bahagia Akhirnya di tempat kerja aku berkenalan dengan seorang lelaki juga suami orang yang tidak bahagiaMereka dah 2 tahun bernikah tapi sejak isteri nya hamil, makan minum suami diabaikan. Nafkah batin kurang, akhirnya kami melakukan kesilapan hingga terlanjur. Masalahnya sekarang lelaki tu mula mengelak. Bila saya chat rindu, hanya di blutick je. Bila saya peluk, pun dia menolak. Seolah2 dia makin menjauh. Apa salah saya min? Memang macam ni ke nasib hidup saya?