Isu Keluarga

Paling menyedihkan suami saya contact semula bekas kekasihnya dan beritahu kalau dia tidakk dapat lupakannya dan sering bermain main di fikirannya.

Assalammualaikum. Saya ingin kongsikan sedikit masalah rumah tangga saya dan saya juga perlukan pendapat isteri isteri di luar sana. Saya sudah berkahwin dan juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia 2 bulan lebih.

saya tak bekerja. Saya akui hubungan saya dan suami agak dingin. Lagi pula baru baru ini suami saya selalu mimpikan bekas kekasihnya. Bekas kekasih dia juga sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata tetapi suami saya tak dapat lupakan dia sehingga terbawa bawa sampai ke mimpi.

Paling menyedihkan suami saya contact semula bekas kekasihnya dan beritahu kalau dia tidakk dapat lupakannya dan sering bermain main di fikirannya. Masa tu saya masih berpantang dan saya akui saya sudah hampir meroyan.

Dari sebelum saya berkahwin sehingga sekarang bekas kekasihnya sering bermain main di fikiran suami saya. saya tahu suami saya masih tak dapat lupakan bekas kekasihnya.

Saya dapat tahu semua ni dari suami bekas kekasih suami saya sehingga keluarga yg kami bina hampir musnah. tapi saya bertahan demi anak. harap faham lah apa yg saya taip ni.

mungkin pening sikit. tapi saya buntu. saya tahu walaupun sudah berjanji setia tapi hati dan naluri saya rasa dia pasti akan mengulangi perkara tu balik sebab saya sudah banyak kali beri dia peluang. Saya inginkan pendapat kalian semua apa yg perlu saya buat?

saya rasa seperti orang asing. dia masih memikirkan perempuan lain berbanding saya. bila saya fikirkan tentang tu perasaan saya akan jadi marah semula. apa kurangnya saya di mata dia? dia berkawin dengan saya hanya untuk lupakan kenangan je ke?

saya harap dapat selesaikan masalah ni sebab saya hampir buat keputusan untuk tinggalkan suami saya. harap kalian dapat membantu kerana saya sudah tawar hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *