Salam admin . Maaf sebelumnya tolong hide profile saya. Saya seorang istri yang dalam keadaan tertekan sekarang sebab terlalu banyak masalah yang datang dalam hidup saya . Tak tau saya nak start cerita dari mana.
Kisahnya 4 bulan lepas Suami saya telah accident yang agak teruk sehingga dia tak dapat melakukan kerja seperti biasa. . Sebab dia bekerja sendiri memang terlalu susah la kami sekeluarga survive bila dia sakit macam ni , dalam keadaan yang saya saya mengandung dah nak masuk 5 bulan sekarang, anak kedua .
Masa kami dalam kesusahan , takde sorang pun kawan husband saya yang datang membantu , saya terkilan sangat walhal kadangkala suami jenis yang suka lebihkan kawan dari istri sendiri .
Keluarga suami ada la juga membantu sikit sikit pada bulan pertama , tapi saya faham mereka bukan orang senang , begitu juga dengan family saya bukan orang senang .
Dulu saya bekerja , tetapi bila suami accident dan dia tak mampu nak buat apa apa saya ambik keputusan berhenti dan buat bisnes online sahaja untuk teruskan hidup . Tapi saya akui mmg tak cukup ditambah pula kebiasaanya saya bagi duit untuk mak dan adik adik dikampung sbb mak saya ibu tunggal dan adik adik masih sekolah .
Yang buat saya tertekan dalam keadaan saya mengandung tak berapa nak larat sangat ni saya nak kena pikir macam mana nak selesaikan semua masalah saya . Saya tau suami selalu nangis setiap malam tengok saya dalam keadaan macam ni , dia tau kepala saya kusut .
Tapi dia tak boleh buat apa apa sebab keadaan dia yang tak mengizinkan untuk buat kerja . Sewa rumah dah tak bayar 3 bulan ,owner rumah setiap hari msg minta . yuran sekolah anak dah tertunggak , bil api air mmg saya belum bayar sebab untuk makan pun kami kadang sehari sekali je makan .
Belum lagi mak saya dekat kampung cakap nak pakai duit untuk belanja barang dapo , yela mak dah tua , saya pulak anak sulung adik adik masih sekolah .Saya STRES sangat , memang saya tak diuji dengan suami yang ada perempuan lain .
Tapi saya diuji bila keadaan SUSAH . Dipenndekan cerita, anak dalam kandungan saya ditakdirkan meningg4l, sedih semua ada. Tapi apakan daya, saya tetap terima takdir saya.
Selepas habis berpantang sebulan, saya mohon kerja dan Alhamdulillah, saya diterima. Tapi malangnya bos saya yanf merupakan suami orang suka mengusik saya. Saya terpaksa merelakan sebab terpaksa. Saya perlukan duit untuk melakukan meneruskan hidup.
Bos selalu memberikan pertolongan kepada saya. Memberi kan wang belanja, hingga hidup kami sekeluarga mula stabil, dalam masa yang sama, saya sekarang mengandung lagi dan saya yakin ini anak bos kerana suami dan lama tak sentuh saya.
Apa perlu saya buat min? Saya masih sayangkan rumah tangga, tapi jika saya tak teruskan hidup begini, keadaan kami akan bertama susah. Mohon padangan yang positif.