assalamualaikum warga krt. Saya mula cerita dari awal yer. Nama saya syed (samaran). Umur 25 bekas guru di sekolah menengah mempunyai sepasang anak yang bijak seperti saya tetapi seorang sahaja isteri berusia 22 tahun. Kisah saya ada gembira ada sedih.
Dulu saya seorang guru manakala isteri pula seorang jururawat swasta. Saya dan isteri ada membuat loan dan membuka perniagaan sendiri. Alhamdulillah rezeki berniaga lebih untung dari bekerja sebagai guru dan jururawat.
Saya mengambil keputusan berhenti bekerja sebagai guru dan menumpukan sepenuh masa pada perniagaan kami. Setelah isteri bersalin anak pertama isteri saya berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Dalam masa 3 bulan, Alhamdulillah kami dapat memilik rumah banglo 2 tingkat. Rezeki anak. Saya selalu juga memberi duit kepada ibu dan 3 orang adik saya. Kesemuanya perempuan dan seorang telah menikah tetapi hidupnya ada sedikit masalah dan tinggal bersama ibu.
Rezeki selepas 2tahun isteri melahirkan seorang lagi anak. Saya perasan rumah mula tidak terurus. Saya akui agak bising dengan isteri sebelum ini saya diamkan sahaja. Memasak untuk saya memang agak jarang sebab saya pulang 12 tengah malam dan saya cuma minta dia masak untuk dirinya dan anak.
Saya tidak mahu menyusahkan beliau. Tapi melihat keadaan rumah tidak kemas (bukan bersepah, saya OCD) saya memang diam tapi lama kelamaan stress juga. Baju saya jarang gosok. Jarang juga dilipat.
Basuh kain hanya 2 hari sekali. Saya tegur tapi dia meminta saya menolongnya. Sapu lantai mop bersih halaman dan dalam rumag semua tugas saya, cuma lain lainnya saya minta dia tolong.
Mula dia ungkit semua kesalahan saya yang lampau k4ki perempuan salah saya suruh dia jaga ibu saya yang sakit dahulu.
Ya memang ada saya menyuruh isteri menjaga ibu saya membasuh najis ibu ketika ibu sedang sakit sebab dia jururawat dan berpengalaman. Adik perempuan saya paling tua umur 21 tahun tu pun tidak ada pengalaman langsung tidak tahu apa2.
Salahkan saya menyuruhnya sedangkan ibu saya ibu dia juga. Saya minta maaf pada isteri dan jika dulu dia terpaksa melakukan semua tu saya akan bayar berapa yang dia mahu tapi dia menolak.
Selpas perselisihan faham tu isteri lebih banyak diam tidak serancak dulu. Tiap kali pulang anak anak dan dia tidur. Dulu mereka selalu sambut saya pulang kerja. Kadang kadang terlampau riuh dari mereka saya ada tegur supaya tidak bising sebab saya penat.
Mungkin tu menjadi faktor juga. Kemudian mertua saya dari Penang datang kemari melawat anak dan cucu saya sedikit sibuk namun sempat meluang masa juga (pulang 5pm dari kerja biasa 12am)
Isteri meminta izin untuk pergi kerumah ibu bapanya dan saya izinkan. Selepas 2 minggu ada surat tuntutan cerai dari isteri sampai kerumah.. Saya terkejut kerana isteri diam tidak marah dan melayan saya elok sahaja sewaktu saya hubungi dia disana.
Dia langsung tidak menunjukkan tanda dia marah atau ingin berpisah. Saya tidak tahu macam mana untuk saya memujuk isteri saya. saya sangat buntu.