Isu Keluarga

Kisahnya Aku kawin dengan duda anak 2 masa aku kenal suami mereka memang sudah tidak bahagia dan dalam proses cerai.

Salam warga KRT, Sebelum aku cerita lebih detail. Aku bagi pengenalan dulu macam mana aku kenal dengan suami aku,

Kisahnya Aku kawin dengan duda anak 2 masa aku kenal suami mereka memang sudah tidak bahagia dan dalam proses cerai.

Ok, macam ni ceritanya. Sejak aku kenal dengan suami aku ni, kira dari kami bujang sampai aku kahwin dengan suami aku ni, ex wife suami aku ni sakit hati sangat dengan aku, tak tahu apa punca, apa sebab,

sampaikan ex wife suami aku ni tak kasi anak2 jumpa dengan suami aku. Seban hak jaga anak jatuh pada dia. Walaupun suami aku dah ada black & white dari mahkahmah yang suami aku boleh amik & bermalam dengan anak2 setiap hari jumaat pada minggu pertama & ketiga & boleh berjumpa dengan anak ketika cuti sekolah. Tapi dia tak bagi.

Aku tak tahu apa salah aku. Aku dan ex wife suami tak pernah berjumpa bertentangan mata selisih tu pernah masa dekat mahkahmah, tapi kami tak pernah duduk semeja borak ke apa tak pernah.

Aku tak tahu kenapa. Dulu time bujang dia pernah pesan dekat suami “saya tak izinkan anak2 saya jumpa dengan gf awak atau no next time.”

Now dah 2 tahun lebih suami aku tak dapat jumpa anak2, just tengok gambar anak2 dalam fb ex wife dia jer kalau si ex wife dia ada up gambar anak2. Tiap kali suami tengok gambar anak2, confirm dia menangis.

Aku pun tak tahu macam mana nak buat supaya dapat jumpakan mereka bertiga. Oh ya, nafkah setiap bulan suami bagi tanpa culas pada anak2.Suami pernah bagitahu,

ex wife dia macam ni bukan saje dengan aku, even lepas mereka bercerai suami aku ada gf pun ex wife dia cemburu & marah. Korang boleh bagi idea tak macam mana nak buat? Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *