Isu Keluarga

Kisahnya bermula bila saya berkahwin dengan pilihan keluarga dan bapa saudara suami adalah kenalan arwah ayah saya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Ina dari Perlis. Hati teringin berkongsi perjalanan perkahwinan saya yang baru berberapa tahun ini dan belum ada zuriat. Semoga sesiapa yang senasib dengan saya diberi kekuatan untuk bangkit dan bertindak.

Kisahnya bermula bila saya berkahwin dengan pilihan keluarga dan bapa saudara suami adalah kenalan arwah ayah saya. Keluarga kami telah berkenalan hampir 20 tahun dan saya serta suami langsung tidak pernah kenal atau bersua muka sebelum ini.

Keluarga suami datang merisik, keluarga setuju, saya setuju sebab waktu tu umur dah 29 tahun, kemudian bertunang dan berkahwin dalam tahun yang sama. Suami umur 31 tahun semasa kami kahwin. Tempoh bertunang lebih kurang 6 bulan.

Suami bekerja di sebuah syarikat swasta yang stabil di kedah sebagai kerani sebab ada spm sahaja dengan gaji rm2000. Saya waktu bertunang, ada ijazah dan tengah bekerja di kilang sebagai jurutera, gaji saya waktu kerja kilang dalam lingkungan rm3000.

Waktu bertunang, suami mula bercerita tentang masalah kewangan yang dia hadapi, hutang kad kredit. Suami ada hampir 7 kad kredit dan tiap bulan sentiasa tidak cukup duit dan mula meminjam kepada saya.

Saya kesiankan dia, dan bagi atas nama pinjam yang sampai kesudah tidak dibayar. Tapi sebab dinamakan CINTA BUT4, saya senyapkan semua dari keluarga saya.

Sampai satu masa, kakak sulung suami bercerita masalah hutang suami kepada bapa saudara suami yang kenalkan kami. Datanglah bapa saudara suami jumpa dengan saya untuk cerita tentang perangai kaki hutang suami.

Dia serahkan kepada saya sama ada nak teruskan perkahwinan atau putuskan. Sebab dia tidak mahu hidup saya bermasalah sebab kahwin dengan seorang penghutang. Tapi sebab dah tersayang dan tersuka suami, saya teruskan perkahwinan.

Lepas kahwin 3 bulan, saya dapat rezeki berkerja dengan kerajaan di kedah dengan gred J41. Bermula masalah dalam rumahtangga saya. Perangai suami menjadi makin teruk suka meminjam dan paksa saya buat personal loan.

Lepas kahwin 3 bulan, rupanya dia bukan orang yang solat 5 waktu, langsung tak solat. Sedih hanya Allah yang tahu sebab saya seorang yang menjaga aurat dan solat.

Dalam tempoh 6 bulan kahwin, terbongkar rupanya suami banyak hutang kad kredit dan pinjaman along sebab zaman muda dia seorang k4ki jdi Penyesalan terbesar yang saya buat adalah berkahwin dengannya walau telah diberitahu dia seorang penghutang. Jatuh terduduk saya

Tetapi, setiap solat saya sentiasa doakan dia untuk berubah. Saya nak dia solat 5 waktu. Saya berdoa setiap masa dan menangis dalam tiap solat untuk dia berubah. Solat hajat, baca yassin atas nama dia untuk berubah.

Gaduh setiap hari sebab duit yang tak pernah cukup. Tiap bulan astro kena potong sebab lambat bayar. Kami tinggal dekat rumah kos rendah milik keluarga suami dengan sewa rm100.

Saya bersyukur sebab dia tak pernah naik tangan atas saya sebab sebelum kahwin saya dah bgtau siap-siap dekat suami dan mak mentua, ‘’saya kalau suami pkul saya, saya akan terus pergi hospital dan terus buat report polis, saya bukan perempuan bd0h yang nak biar lelaki sakitkan saya’’.

Dan lagi satu, kalau kami gaduh, suami mula tinggi suara dan macam orang gil4, saya akan tutup mulut dan pergi tidur. Malas nak layan. Saya bukan baik sangat, sebab muut orang ut4ra ni kasar juga.

Sampai satu tahap, saya tak tahan sangat. Saya ajak suami berbincang tentang hutang dia. Saya suruh dia senarai semua hutang dia ada, dari personal loan, kredit kad, along, kawan-kawan, keluarga. Saya suruh dia bersump4h dan jujur untuk selesai masalah.

Lagi sekali saya berkorb4n untuk suami, saya buat personal loan rm150000 untuk selesai semua hutang dia Semua ni berlaku dalam masa 2 tahun perkahwinan kami.

Semua yang berlaku tiada siapa yang tahu, walau keluarga saya sendiri atau keluarga suami. Semua saya telan sendiri, sebab tidak mahu keluarga saya susah hati.

Saya selesai semua hutang dia dengan janji dia untuk solat tanpa tinggal dan semua wang gaji dia akan diberi kepada saya untuk diuruskan. Tiap bulan, sy campurkan gaji kami dan saya bayar hutang, sewa, bil, bagi mak saya dan mak suami, bagi belanja tiap bulan dekat suami.

Peritnya Allah saja yang tahu.  Sampai la satu hari kantoi suami ada perempuan lain. Selepas hutang nya di bayar oleh saya, suami pernah tinggalkan saya tanpa sepatah kata. Dan puas saya merayu tapi masih tak dipedulikan. Ya Allah, apa kesalahan yang saya buat hingga dihukum begini? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *