Info

Beri Dugaan Kecil Supaya Kita Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar

Kita sering mengeluh apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Hakikatnya tanpa kita sedari semua yang berlaku itu ada hikmahnya.

Kebiasaannya hanya selepas sesuatu perkara itu berlaku barulah kita menyedari mengapa sesuatu yang kita rancang tidak ‘berjalan’ mengikut seperti apa yang kita hajati.

Kisah sebelum pnyakit cv1dI9. Tadi dah nak terlelap dalam flight kl ke jakarta. Sebelum berlepas dengar pengumuman flight ada ker0sakan teknikal so kena turun semula nanti diumumkan kemudian waktu terbang. Aircond terasa panas.

Disebabkan segelintir buat hal, Allah bayar cash satu Malaysia
Terus tersenyum kerana saya tahu pasti ada rahmat di sebalik semuanya.. Allah beri kita dugaan kecil supaya terselamat dari dugaan lebih besar. Ada rahmat di sebalik semuanya.

Dulu pernah kereta saya dilanggar dari belakang dan masa tu h1lang kerja. Oh rupanya Allah nak bagi rezeki lain yang lebih dari sebelumnya. Teringat kisah seorang wanita sedih anak kecilnya mening gal.

Sabda Nabi saw anak kamu sedang bermain dalam syurga. Ibu tadi terus senyum dan yakin.. Nabi saw tanya nak ke saya tunjukkan. Jawab wanita tadi tak perlu ya Rasulullah saw. Sabdaan mu sudah cukup buatku..

Siapa sangka hilang kerja rupanya Allah nak beri jadi peniaga berjaya atau rezeki lebih baik. Ditolak belajar tempat kita inginkan lalu kita dapat belajar ilmu yang tiada di universiti.

Pvtus tunang berkali-kali supaya bertemu jodoh yang boleh pimpin masuk syurga..ooo dulu tak lalu disini kerana jodoh tercinta disini. Allahuakbar..

Dih1na masa kecil rupanya menjadi jiwa yang kuat lalu bila besar menjadi manusia yang dibanggakan dunia dan dilangit. Tidak diberi anak agar satu hari benar menghargai anak dan diberi anak soleh solehah..

Disebabkan segelintir buat hal, Allah bayar cash satu Malaysia
Senyumlah walau sukar. Menangislah saat terlalu berat dan mengadu pada Allah yang Maha Penyayang. Teruskanlah langkah dalam syukur dan sabar.

Kadang indah kadang tidak tetapi janji Allah bila syukur dan sabar akhirnya dan selamnya indah. Pohon doakan perjalanan dakwah di Jakarta menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *