Dalam satu video tular, pakar mata itu mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengundang kemarahan ramai.
“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita.
Kalau solat kita pangkat besar macam manapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki itu.
“So orang perempuan walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki.
Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.
“No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.
“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah.
Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah.
Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” ujarnya.
Selain netizen, kenyataan itu turut mendapat perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga pakar penyakit berjangkit negara dan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong.
“Ia merupakan kali kedua dalam dua hari yang menyebabkan saya hilang kata-kata.
“Mungkin kita kena hantar prof sedikit bahan bacaan mengenai kenapa pemerkasaan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi dan pembangunan ekonomi, antara lainnya,” ujar Dr Adeeba ringkas dalam satu ciapan di Twitter.
Dr Amalina juga turut senada dan mengakui tidak akan sesekali menjadi ‘bodoh-bodoh’ sebagaimana disebut yang disebut Dr Muhaya demi mencari jodoh.
Paparan skrin tweet oleh Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.
“Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di depan ellaki untuk saya bertemu jodoh.
“Kamu menghantar mesej salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki,” katanya lagi.
Difahamkan, Dr Muhaya sudah memad4m video berkenaan di laman sosial miliknya.
Namun, video itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula oleh netizen ke media sosial dan YouTube.
Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.
